Saturday, July 30, 2011




hah!! ni lah anak buah aq,
(nur adrisya airieyn bt ardiman)
dye ni,mmg suke menari tau...
n kalau korang nk tau,dye ni minat kt stacy..he3...
sebab 2 r,pa2 video untuk dye menari 2 mst nk gune lagu stacy lh,hu3..
aq nmpak dye ni mmg de bkt gk..he3..
pa2,pn,korang tengok lh dulu gelagat dye kt dalam video kt ats sekali 2,ha3!!!



Monday, July 18, 2011

Teguran Itu Penting


Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain


Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.


Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".


Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 


Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.


sumber:www.iluvislam.com
Oleh: Mahasiswa21
Editor: cincaugoreng

Thursday, July 14, 2011

Sakit Hati, Tulang Sendiri?

"Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. 
Saat Adam sedang lena tidur, 
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang 
dan saat menemukan wanita untuknya, 
tidak lagi merasakan sakit di hatinya."


~jelas sekali ALLAH mencipta kaum wanita adalah untuk kaum adam~
so,bagi kaum adam jaga lah wanita seperti mana kamu menjaga dirimu....




WANITASiapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
alt
LELAKIKamu!!!

WANITAMenurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) 
Kamu, tulang rusukku!

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati???
altaq pun xtau kenape???uuurrrmmm....memang lumrah macam 2 kot,he3...di mana,Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun akan mengalami jua.xkira bila n dimana. 
Manusia memang perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang dari orang yang d'cintai. 
Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang xleh dinafikan seseorang individu, 
ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, yang aq xfaham lah...mengapa kita terlalu sibuk nak memikirkannya?
x kira langsung... setiap masa n waktu kita fikirkannya,dah memang macam 2 kot,sebab aq pun mengalami pengalaman 2 gak,he3...so,aq xtau lah ..lumrah lah 2,so..pandai2 kite je lah...

Cinta Dalam Diam



kes macam ni selalu terjadi 

'Bila individu itu belum bersedia melangkah lebih jauh 
dengan seseorang yang dye cintai,'

di mana,bagi dirinya..cukuplah mencintai dye dalam diam ...
Karena diam juga adalah salah satu bukti cinta padanya ...
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kerana tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin



alt
Indahnya bercinta selepas kahwin,
hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia
beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah
 mustahil untuk dikecapi.

Wednesday, July 13, 2011

Jangan Terpedaya Dengan Cinta


alt

Ramai yang berkata,
 "Cinta itu fitrah.Jadi, apa salahnya pada cinta?"
Ya. Tidak dapat dinafikan,
cinta itu adalah fitrah. Di mana... 
Fitrah, bererti sesuatu yang bersih. Fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci.
Namun, bagaimana sesuatu yang suci itu boleh menjadi fitnah?
so,"Terpulang kepada individu itu sendiri"

Monday, July 11, 2011

cara menarik perhatian lelaki..


(1) Memakai pakaian yang berwarna cerah- Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka.
Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.
(2) Pandangan mata- Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari.
Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.
(3) Tingkahlaku- Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki.
Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.
(4) Pandai berjenaka- Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki.
Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.
(5) Bahasa tubuh- Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.

Jika Hati Kamu Lembut, Menangislah….


Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan  manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.
Bukankah hati manusia tidak pernah stabil?
Selalu berbolak – balik menurut keadaan yang dilalui.
Apabila seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari kebenaran.
Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang. Bangsa Yahudi selalu marah apabila anaknya menangis kerana dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya. Orang Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.
Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya mahupun umatnya.
Rasulullah SAW menitiskan air matanya ketika anaknya Ibrahim, meninggal. Abu Bakar selalu digelarkan oleh anaknya Aisyah  sebagai Rajulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).
Beliau sentiasa menangis, dadanya bergolak semasa solat dibelakang Rasulullah SAW kerana mendengar ayat-ayat Allah. Abdullah bin Umar pada suatu ketika melewati sebuah rumah yang didalamnya ada seseorang sedang membaca Al Qur’an. Ketika sampai pada ayat: “Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam” (QS. Al Muthaffifin: 6). Pada saat itu beliau diam, berdiri tegak dan merasakan dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhan, kemudian beliau menangis.
Lihatlah betapa Rasulullah SAW dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Lembutnya hati mengantarkan mereka kepada darjat hamba Allah yang peka.

Bukankah diantara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari dimana tiada naungan kecuali naungan Allah, adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata? Tentunya begitu sukar menitiskan air mata sewaktu berdoa jika hati seseorang itu tidak lembut.
Yang biasa dilakukan manusia dalam kesendirian adalah maksiat. Bahkan banyak  manusia yang bermaksiat apabila bersedirian didalam bilik.  Seorang mukmin sejati akan menangis dalam kesendirian dikala berdoa kepada Tuhannya. Sedar betapa beratnya tugas hidup yang harus dipikulnya di dunia ini.
Di zaman ketika manusia lalai dalam gemerlap dunia, seorang mukmin akan sentiasa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran umatnya. Kesedihannya begitu mendalam.
Kita tidak akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka ria ketika jirannya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan fitnah. Mukmin yang sebenar akan dengan bersedia membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.
Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran. “Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83).
Ja’far bin Abdul Muthalib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada seorang raja Nasrani yang bijak. Mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, bercucuranlah air mata raja Habsyah itu. Dia mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, dia telah mengenal kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab kemudian menangis. Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.
Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun, dia akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran. Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya. Dia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka”. (QS. An Nisa’: 145)
Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur’an, menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur, atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah.
Semoga dapat melembutkan hati kita. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang dibuatnya selama di dunia. “Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82).
Jadi apa salahnya menangis, sahabat hati?

Dia Lupa Betapa Berharga Dirinya


Ketika TUHAN Menciptakan wanita,

Malaikat datang menyentuh dagunya. . .

“TUHAN, ciptaan ini kelihatan lemah dan longlai. Seolah – olah terlalu banyak beban terhadapnya.”
“Itu bukan lemah  atau longlai,  itu adalah AIR MATA”.
“Untuk apakah air mata itu?” tanya malaikat

“AIR MATA adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, Cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagiaan
“ENGKAU menciptakan segala sesuatunya. Wanita ciptaan MU ini akan sungguh menakjubkan!”

“Wanita ini mempunyai kekuatan mempesonakan lelaki.

Dia dapat mengatasi beban
Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.
Dia mampu tersenyum walaupun sebenarnya hati menjerit.
Mampu menyanyi saat menangis,
Menagis saat terharu, terharu saat ketawa,

Bahkan tertawa saat ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya.
Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.
Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.
Dia membawa sahabat yang sakit untuk berubat.

- CINTANYA TANPA SYARAT -
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.
Dia girang dan bersorak saat melihat sahabat tertawa.
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit dan kematian
Tetapi dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup,
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Hanya Satu Kekurangan dari Wanita,
DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA..

cara untuk mengatasi ego lelaki




Dengar apa yang mereka katakan- Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.
Buatkan mereka berasa bijak- Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.

Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO- Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.
Pujian- Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.
Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik- Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.

Buatkan mereka merasakan merekan betul- Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.

Cara Melupakan Orang Yang Pernah Bertahta Dihati….


Jika putus cinta atau bercerai tentu ramai yang merana kerananya. kecuali jika anda seorang yang kuat semangat.
Ataupun jika anda merasa senang untuk mendapatkan pengganti.
Bukan mudah nak mengambil keputusan untuk bercerai terutama jika ada anak-anak yang akan menjadi mangsa perceraian ibu bapa.
Tetapi jika sudah tidak boleh lagi nak dielakkan maka anda harus berusaha untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami.
Yang paling susah adalah memadamkan kenangan yang bersarang dihati sebab setelah lama hidup bersama tentu sudah banyak suka duka yang dilalui.
1 926892034l1 300x225 Cara Melupakan Orang Yang Pernah Bertahta Dihati....
Cara-cara berikut mungkin boleh membantu anda untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami :
1. Anggap dia tidak pernah wujud.
Ini mungkin susah sikit jika anda mempunyai anak. Maksudnya walaupun anda mempunyai anak dengan bekas suami anda mestillah kuatkan hati dan anggap semuanya tidak pernah berlaku. Bukannya untuk menidakkan hak suami untuk bersama dengan anak. Lebih mudah untuk melupaka bekas suami atau bekas kekasih jika dia yang melukakan hati anda terlebih dahulu.
Berhentilah berangan yang dia masih lagi milik anda dan janganlah anggap mereka sempurna dan jangan terkena pujuk rayunya, maka hubungan anda akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenangkan setiap perbuatannya. Aggap sajalah dia tidak pernah wujud dalam hidup anda, dan kalau anda masih sanggup menerima perbuatannya yang menyakitkan hati maka anda kembalilah..! Tapi jangan harap dia akan berubah 100%.
2. Tutup buku.

Tutup serapat-rapatnya semua perkara yang pernah anda lakukan bersamanya jika anda benar-benar mahu berpisah dengannya. Anda harus ingat bahwa anda mahu menamatkan semuanya, anda mungkin akan bertemu dengan orang lain yang lebih tepat untuk anda, itu tidak mustahil. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi jika sudah berpisah.
3. Jangan hubunginya lagi.

Ini satu perkara yang mesti anda amati, apabila anda memutuskan untuk menamatkan sesuatu perhubungan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius.
Jangan sesekali hubunginya lagi kecuali jika anda ingin rujuk kembali, tetapi biarlah anda fikirkan semasak-masaknya segala keputusan yang akan anda ambil nanti.
Memang susah untuk melupakan seseorang yang sudah terlalu lama hidup bersama kita yang pernah kita cintai tetapi ianya bukan mustahil. jangan ber SMS atau email atau telefon dan jangan bertanya dengan kawan-kawan yang mengenalinya.
4. Sibukkan diri.
Anda akan punya banyak masa untuk diri sendiri, anda boleh sibukkan diri dengan pergi gim atau berjoging atau boleh juga mengikuti bengkel atau kelas yang anda minati yang anda tak berkesempatan untuk ikuti dahulu.
Jika anda rajin ke gim tubuh badan anda akan jadi lebih sihat dan cantik, dan tak mustahil anda akan dapat pengganti yang lebih baik dengan lebih cepat. Kalau takpun sekurang-kurangnya anda akan merasa sentiasa sihat dan cergas.
5. Lupakan semuanya.
Memang kadang-kadang anda harus berhati kering untuk melupakannya. Ini semua untuk kebaikan anda juga, membuang semua memori agak sukar jika anda adalah seorang yang melankolis. Tetapi sampai bila anda nak berkeadaan seperti itu?
Mungkin dia sedang bersenang-senang dengan orang lain apagunanya anda bersedih dan menyimpan memori cinta luka lagi. Belajarlah menjadi orang yang kuat pada hati dan tubuh badan.
6. Jauhi kawan-kawannya.
Anda perlukan pengorbanan jika serius mahu melupakan semuanya. Hal ini mungkin agak sukar terutama jika kawan-kawan dan keluarganya memang rapat dengan anda. Tetapi ianya baik untuk diri anda sendiri, dan jauhi juga tempat-tempat yang biasa anda pergi bersama.
Hal ini memerlukan masa tetapi jika anda cekal anda mampu melakukannya.
Biarlah hal ini berlalu dan anda jangan jadi orang yang lemah semangat dan jadi gila talak. Anggaplah semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
7. Jangan simpan barang-barangnya.
Apabila anda sudah maju kehadapan jangan sesekali berpatah balik atau menoleh kebelakang lagi. Apabila anda mulai mengingati kembali kenangan-kenangan bersamanya, apa sahaja barangan yang diberikan atau gambar-gambar ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya.
Simpan saja gambar-gambar kenangan tersebut disebuah tempat yang berkunci dan jangan sesekali melihatnya kembali.

8. Keluar bersama kawan-kawan atau anak-anak.
Kenangan seringkali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan. Apabila kenangan datang menjelma kita takkan merasa kuat untuk menahannya.
Tetapi hal ini dapat diatasi jika anda benar-benar mahu melupakan segala perbuatannya yang menyakitkan hati anda.
Keluarlah dengan kawan-kawan atau ajaklah anak-anak pergi bercuti ketempat-tempat yang anda tak pernah pergi. Mungkin hal itu akan dapat membuatkan anda melupakannya, jangan pulak menjadi sedih kerana anda tak dapat lagi bercuti dengannya.
Buang jauh-jauh bayangan dirinya, dan hadapi hidup yang baru. Anda mampu melaluinya jika anda mahu dan anda harus bersedia untuk itu.


9. Pergi beriadah.
Mungkin sewaktu anda masih bersama dengannya anda tak pernah atau jarang beriadah. Maka inilah masanya untuk melakukan semua itu. Pergilah beriadah dan bersukan supaya anda merasa senang tidur dimalam harinya.
Jangan peruntukkan masa untuk berangan lagi dengan bekas suami atau bekas kekasih.
10. Selalu ingat perkara buruk dan hal yang menyakitkan yang telah dilakukannya.
Jika anda masih selalu memikirkan dirinya mungkin susah untuk anda meneruskan kehidupan baru tanpa dirinya.
Jangan sesekali mengenang segala kemanisan sebab nanti anda akan sakit menanggung rindu dan menjadi gila talak pulak.